Thursday, 20 December 2012

Iktibar daripada Sebatang Pensel




Pernah seorang anak lelaki bertanya kepada ibunya yang sedang menulis. "Apa ibu sedang tulis? Ibu menulis tentang siapa? Atau pengalaman ibu?" Ibunya menjawab, "Ibu menulis tentang diri kamu, tapi ada yang lebih penting daripada itu iaitu pensel ini." "Apa yang istimewa tentang pensel ini?" tanya si anak. "Ibu berharap hidupmu adalah seperti pensel ini. Walaupun sebatang pensel, ada lima nilai yang boleh kita pelajari daripadanya. Mahu tahu?" "Ya, ibu." jawab si anak.

Pertama, pensel ini mengingatkan jika kamu boleh membuat sesuatu yang hebat dalam ini. Jangan lupa, ibarat pensel, ada tangan yang memegangnya. Maka, ingatlah akan adanya kuasa yang membimbing langkah hidupmu iaitu Allah s.w.t. Dia akan selalu membimbing kita menurut kehendak-Nya.

Kedua, ketika menulis, pensel kerap menjadi tumpul. Ibu terpaksa berhenti untuk mengasahnya. Pensel ini pasti menderita ketika diraut, tetapi hasilnya ia menjadi tajam dan bagus tulisannya. Begitu juga akan berlaku dalam hidup kamu. Kamu mesti berani menempuh kesusahan kerana ia menjadi baja atau sebab untuk dirimu menjadi lebih baik. 

Ketiga, pensel ini mungkin menghasilkan tulisan yang salah. Namun kita boleh memadamkan dan betulkan tulisan ini semula. Begitulah yang ibu harapkan kepada anak ibu ini, sentiasalah memperbaiki kesalahan dalam hidup. Ia bukanlah sesuatu yang hina kerana dengan memperbaiki kesalahan, kita akan sentiasa berada di jalan yang benar.

Keempat, tahukah anak ibu mana yang lebih penting, luar atau isi pensel ini? Sudah tentu arang atau karbon di dalamnya. Oleh sebab itu, berhati-hatilah dengan apa yang tidak baik dalam diri kamu itu dan hindarilah. Dan yang terakhir, pensel ini selalu meninggalkan tanda atau goresan. Begitu juga kamu, apa sahaja yang kamu buat pasti akan meninggalkan kesannya pada diri atau pada orang lain. Ibu berharap kamu akan selalu berhati-hati dan bijak dalam bertindak. 

(Solusi : Panduan Hidup Bersyariat)

Wednesday, 19 December 2012

Ceciter..Ceciter.. ^_^




Story for today.. =)

Hasanah Bolqiyah, Acanah, Ana, Aina...n banyak lagi..hiihi..ini semua nama panggilan yang saya dapat di sini. I get a new job, new name, new friends, and new experience in here. Dengan teletah kakak2 yang sangat sporting n kelakar membuatkan saya semakin bersemangat untuk bekerja. Walaupun hanya 1 tahun, I hope semua ini akan menjadi memory yang tidak dapat dilupakan dan bukan itu sahaja, saya juga berharap agar program ini berjaya supaya kawan2 di luar sana yang ingin mencari pengalaman di alam pekerjaan merasai liku2 pahit dan manis perjalanan ini. In shaa Allah..aamiin. Pray for us yaaa.. hihi.. (bahasa tunggang- langgang) jgn marah... =)

And lagi 1, bulan depan dah start belajar semula? macam x percaya jer rasanya. Sekejap jer masa berlalu. Rasa mcm baru semalam keluar dari USIM tup2 da masuk U lain plak..hihi..apa2 pun usim the best!! I'm happy because pernah menjadi student usim walaupun hanya sebulan lbih. hihi..In shaa Allah, jika benar niat kita untuk menuntut ilmu walau di mana tempat kita belajar, pasti akan mendapat keberkatan dari Allah. Tapi jauh di sudut hati hanya Allah yang tahu betapa gementarnya saya untuk memasuki kehidupan di tahun hadapan. Sesungguhnya saya percaya Allah akan bantu hamba2Nya di dunia ini. Dan semua yang berlaku di dunia ini pasti ada hikmahnya. Mungkin Allah ingin memberi saya pengalaman hidup dalam suasana universiti yang saya impikan satu ketika dahulu. Terima kasih ya Allah kerana memakbulkan doaku. Sesungguhnya aku masuk keranaMu dan aku keluar juga keranaMu. Maka berilah keredhaan di setiap perjalanan hidupku. aamiin.

Dan dikesempatan ini juga, bagi semua sahabat2 yang membaca nukilan saya pada hari ini, saya harap kalian semua berjaya dengan cemerlang dalam final exam bagi semester yang pertama. Jangan pernah kita berputus asa sekiranya kita jatuh. Bangun dan terus kehadapan untuk mencapai kejayaan yang diimpikan dan tolehkan kebelakang dengan harapan agar diri mendapat kekuatan atas segala kekurangan yang lepas. Good Luck!! I know everyone all of you especially my ex-classmate can do the best in final exam. Fighting!! ^_^ 
                                                                                                                                                             

Sunday, 16 December 2012

Kisah Rasulullah Menangis di Padang Mahsyar

Daripada Abbas r.a, Rasulullah bersabda : "Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah MUHAMMAD S.A.W. Jibril a.s akan datang kepadanya membawa seekor Buraq. Israfil datang membawa bendera dan mahkota. Izrail datang membawa pakaian-pakaian syurga. Israfil bersuara : "Wahai roh yang baik! Kembalilah ke tubuh yang baik. Maka, kubur terbelah dua. Pada seruan yang kedua pula, kubur mula terbongkar. Pada seruan yang ketiga pula, ketika Rasulullah s.a.w berdiri, baginda s.a.w telah membuang tanah di atas kepala dan janggut baginda s.a.w. Baginda s.a.w melihat kanan dan kiri. Baginda s.a.w dapati, tiada lagi bangunan. Baginda s.a.w menangis sehingga mengalir air matanya ke pipi. Lalu baginda s.a.w bersabda : "Kekasihku Jibril! Gembirakanlah aku!" Jibril a.s berkata : "Apakah yang kamu lihat di hadapanmu?" Baginda s.a.w bersabda : "Bukan seperti itu pertanyaanku." Jibril a.s berkata : "Adakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang terpacak di atasmu?" Baginda s.a.w bersabda lagi : "Bukan itu maksud pertanyaanku." Baginda s.a.w bersabda : "Aku bertanya kepadamu akan umatku. Di mana perjanjian mereka? Nescaya akan kuatlah pertolongan pada hari ini. Aku akan mensyafaatkan umatku." Jibril a.s menyeru : "Wahai sekalian makhluk, datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh Allah Taala." Umat-umat datang di dalam keadaan satu-satu kumpulan. Setiap kali Nabi Muhammad s.a.w berjumpa satu umat, baginda s.a.w akan bertanya : "Di mana umatku?" Jibril a.s berkata : "Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir." Apabila Nabi Isa a.s datang, Jibril a.s menyeru : "Tempatmu!" Maka Nabi Isa a.s dan Jibril a.s menangis. Nabi Muhammad s.a.w berkata : "Mengapa kamu berdua menangis?" Jibril a.s berkata : "Bagaimana keadaan umatmu, Muhammad?" Nabi Muhammad s.a.w bertanya : "Di mana umatku?" Jibril a.s berkata : "Mereka semua telah datang. Mereka berjalan lambat dan perlahan." Apabila mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad s.a.w menangis lalu bertanya : "Wahai Jibril! Bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa?" Jibril a.s berkata : "Lihatlah mereka wahai Muhammad s.a.w!" Nabi Muhammad s.a.w bertemu umatnya yang berdosa. Mereka menangis serta memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru : "Wahai Muhammad!" Nabi Muhammad s.a.w bersabda : "Wahai umatku." Mereka berkumpul di sisinya. Umat-umatnya menangis. Allah Taala berfirman di dalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi : "Di mana umat Muhammad s.a.w?" Jibril a.s berkata : "Mereka adalah sebaik umat." Allah Taala berfirman : "Wahai Jibril! Katakanlah kepada kekasihKu Muhammad s.a.w bahawa umatnya akan datang untuk ditayangkan di hadapanKu." Jibril a.s kembali di dalam keadaan menangis lalu berkata : "Wahai Muhammad! Umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah Taala." Nabi Muhammad s.a.w berpaling ke arah umatnya lalu berkata : "Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala." Allah Taala berfirman : "Hari ini, Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. Hari ini, Aku akan memuliakan sesiapa yang mentaatiKu. Dan, Aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadapKu." Suara jeritan dan tangisan semakin kuat. Nabi Muhammad s.a.w menyeru : "Tuhanku..Penguasaku Penghuluku...! Aku tidak meminta untuk diriku. Sesungguhnya aku meminta untuk umatku dariMu!" Ketika itu juga, neraka Jahannam berseru : "Siapakah yang memberi syafaat kepada umatnya?" Neraka pula berseru : "Wahai Tuhanku...Penguasaku dan Penghuluku! Selamatkanlah Muhammad dan umatnya dari seksaannya! Selamatkanlah mereka dari kepanasanku, bara apiku, penyeksaanku dan azabku! Sesungguhnya mereka adalah umat yang lemah. Mereka tidak akan sabar dengan penyeksaan." Nabi Muhammad s.a.w lebih-lebih lagi sedih. Air matanya telah hilang dan kering dari pipinya. Sekali, baginda s.a.w sujud di hadapan Arsy Allah s.w.t dan sekali lagi baginda rukuk untuk memberi syafaat bagi umatnya. Para Nabi melihat keluh kesah dan tangisannya. Mereka bertanya : "Maha Suci Allah! Hamba yang paling dimuliakan Allah Taala ini begitu mengambil berat hal keadaan umatnya. Fatimah r.a bertanya : "Di mana aku hendak mendapatkanmu di hari kiamat nanti, wahai bapaku?" Baginda s.a.w menjawab : "Kamu akan menjumpaiku di sebuah telaga ketika aku sedang memberi minum umatku." Tatkala umat Nabi Muhammad sedang mencari mimbar Nabi Muhammad untuk mendapatkan syafaat pada hari kiamat, Mariam, Asiah, Khadijah dan Fatimah Az-Zahra sedang duduk. Ketika Mariam melihat umat Nabi Muhammad s.a.w dia berkata : "Ini umat Nabi Muhammad s.a.w. Mereka telah sesat dari Nabi mereka." Suara Mariam telah didengari oleh Nabi Muhammad s.a.w. Nabi Adam a.s berkata kepada Nabi Muhammad s.a.w : "Ini umatmu wahai Muhammad! Mereka berkeliling mencarimu untuk meminta syafaat kepada Allah Taala." Nabi Muhammad s.a.w menjerit dari atas mimbar lalu bersabda : "Marilah kepadaku wahai umatku! Wahai sesiapa yang beriman dan tidak melihatku. Aku tidak pernah lari dari kamu melainkan aku sentiasa memohon kepada Allah Taala untukmu!" Umat Nabi Muhammad s.a.w berkumpul di sisinya. Ketika di atas Sirat, Nabi Muhammad s.a.w bersabda kepada malaikat Malik : "Wahai Malik! Dengan kebenaran Allah Taala ke atasmu, palingkanlah wajahmu dari umatku sehingga mereka dapat melepasi! Jika tidak, hati mereka akan gementar apabila melihatmu." Nabi Muhammad s.a.w berhenti di atas Sirat. Setiap kali baginda s.a.w melihat seorang dari umatnya bergayut di atas Sirat, baginda s.a.w akan menarik tangannya dan membangunkan dia kembali. Nabi Muhammad s.a.w berkata : "Tuhan! Selamatkan mereka! Tuhan! Selamatkan mereka!
Sayangnya Nabi kepada kita.. Subhanallah! Aku mencintainya..

Thursday, 6 December 2012

My New Life...


Alhamdulillah, hampir sebulan aku hidup dalam suasana di alam pekerjaan. Terima kasih Ya Allah kerana memberi peluang kepadaku merasai liku-liku perjalanan ini. Walaupun adakalanya fikiranku masih terngiang-ngiang dan merindui suasana pembelajaran, Engkau sentiasa memberiku kekuatan agar aku dapat menerimanya dengan redha. Sesungguhnya, aku sangat merinduimu sahabat-sahabat seperjuanganku. Doaku agar kalian tabah mengharungi perjuangan ini. Jangan risau, kejayaan menanti kalian. Berkat usaha keras yang kalian harungi, insyaAllah akan dipermudahkan segala urusan. aamiin Ya Rabb.

SKPD, SMAAT, MJ, KUIM, USIM and SKPD. Not a student but stuff in my old school. Alhamdulillah.. And now, i'm really miss my studied. So, to all my friends dont give up ok. Because work and study very different life. Btw, i'm happy with my work because i got many friends. And next month, i can see many students in my school. Yeahhh!!! ^_^ i love child...so cute..hihi.  Pray for me in my new life next year ok. And i also will be always pray for all of you my friends. Fighting!!! ;-)
Jazakumullahu khairan kathira...Uhibbukum fillahi ta'ala.
Assalamualaikum.







11 Faedah Membaca

  • Siapa yang mempelajari sastera maka lembut dan eloklah bahasanya
  • Siapa yang mempelajari hadis maka kuatlah hujahnya
  • Siapa yang mempelajari sejarah maka banyaklah iktibarnya
  • Siapa yang mempelajari matematik maka tepatlah andaiannya
  • Siapa yang mempelajari sains maka betullah eksperimennya
  • Siapa yang mempelajari geografi maka fahamlah akan kehidupannya
  • Siapa yang mempelajari tauhid maka kukuhlah akidahnya
  • Siapa yang mempelajari mantiq maka mudahlah baginya menangkis hujah
  • Siapa yang mempelajari fiqah maka sahihlah ibadatnya
  • Siapa yang mempelajari tasawuf maka tinggilah akhlaknya
  • Siapa yang mempelajari al-Quran, nescaya ALLAH S.W.T memeliharanya
       Diperolehi dari buku yang berjudul " Anakku...HIDUP SEKALI BIAR BERERTI "
       hasil nukilan Anwar Nursi.